Wednesday, July 14, 2010

MALB BASEBALL LEAGUE 2010 (TARIKH BARU)

KEPADA STARS PLAYERS

TOURNAMENT BASEBALL MALB 2010 akan diadakan 
pada tarikh jadual baru iaitu 17-19 December 2010 di Pdg Astaka PJ.
Oleh itu diminta semua pemain besbol STARS turun untuk latihan pada hari AHAD di UM pada pukul 3.00 petang.
Latihan akan dijalankan bersama-sama pasukan BANTURAZ dan ini adalah untuk persediaan ke MALB 2010.

Sekian selamat berlatih...

Tuesday, May 4, 2010

ANGKOR CHAMPIONSHIP 2010

Kepada semua pemain STARS BASEBALL CLUB:
Baseball Federation of Malaysia akan mengadakan sesi pemilihan untuk kejohanan baseball di Angkor Championship 2010 di Kemboja pada bulan Ogos 2010.
Latihan akan diadakan pada hari AHAD - 9hb MEI 2010 di PKNS BANGI. Jam pukul 9.00 pagi.
Di harap kepada pemain-pemain yang tidak terbabit didalam kejohanan di Melaka, boleh hadir untuk pemilihan tersebut.

Terima kasih.
ROSLI.

Sunday, February 28, 2010

KESATUAN SOFBOL KUALA LUMPUR

Protem Kesatuan Sofbol Kuala Lumpur telah dilantik pada 28/2/2010. Di dalam commitee tersebut 2 orang dari kelab Stars telah dilantik menjadi ahli AJK tersebut.Diharap semua peminat dan pemain sofbol daripada kelab Stars memberikan sokongan kepada penubuhan Kesatuan Sofbol Kuala Lumpur.

Sunday, February 7, 2010

CUTI TAHUN BARU CINA

Latihan telah diadakan pada hari ini Ahad 7/2/2010 di pdg Sek darul Ehsan.
Kedatangan pemain adalah amat sedikit, ada seramai 9 orang yg datang berlatih iaitu 5 stars, 3 banturaz dan 1 pemain baru dari Politeknik Sabak Bernam.
Diharapkan kedatangan akan lebih baik untuk latihan akan datang selepas cuti tahun baru cina.
Latihan akan diadakan pada setiap hari Ahad pk 830 pagi di Sek Darul Ehsan.
Tiada latihan pada Ahad 14/2/2010. kerana cuti tahun baru cina.
Selamat bercuti....

Saturday, February 6, 2010

STARS BASEBALL CLUB 2010

SALAM TAHUN BARU 2010 KEPADA PARA PEMAIN KELAB STARS.
LATIHAN AKAN DIMULAKAN ESOK PADA BULAN FEBUARI DI PADANG SEKOLAH DARUL EHSAN IAITU SETIAP HARI AHAD JAM 8.30 PAGI.
INI ADALAH UNTUK PERSEDIAAN PASUKAN UNTUK MENGAMBIL BEBERAPA BAHAGIAN DIDALAM KEJOHANAN SOFTBALL DAN BASEBALL UNTUK SEPANJANG TAHUN 2010.
PARA PEMAIN DIKEHENDAKI HADIR UNTUK LATIHAN RUTIN BAGI MEMANTAPKAN DIRI DALAM SEGI FIZIKAL DAN MENTAL.
SELAMAT BERLATIH...STARS....YOU ARE THE INTELLIGENT PLAYERS..
.

Saturday, October 10, 2009

MALB 2009

Untuk perhatian para pemain STARS, perlawanan antara STARS vs Banturaz pada 18hb Oktober 2009 iaitu pada hari Ahad depan di Padang Astaka pukul 12.30pm. Diharap para pemain datang awal untuk warming -up. Untuk latihan pada hari biasa boleh dilakukan di padang sekolah cina.Untuk pengetahuan semua,padang sekarang telah dikecilkan buat sementara kerana kerja-kerja pembinaan sekolah baru.Sekian.

Saturday, August 1, 2009

MALB2009 NEW FIXTURES AND VENUE


Sila ambil perhatian kepada pemain STARS bahawa UPM telah membatalkan booking padang kerana H1N1 telah menular ke kampus tersebut.Oleh itu jadual game telah ditukar dan tempat liga adalah di Padang ASTAKA 2 di Petaling Jaya. Diminta rujuk kepada jadual ini.