Thursday, June 18, 2009

LIGA BESBOL MALB2009

Satu mesyuarat pengurus pasukan kelab-kelab besbol iaitu Patriots, Stars, Aces, Ronins, sliders, Banturaz, dan Cougars telah diadakan pada 18hb Jun 2009.Dalam mesyuarat tersebut pengurus kelab telah bersetuju dengan tarikh untuk Liga MALB2009 bermula iaitu:-

1st Week - 18 & 19 Julai 2009
2nd Week - 25 & 26 Julai 2009
3rd Week sehingga 8th Week akan di tentukan kemudian.

Semua ahli Junior dan baru diminta mengisi borang pendaftaran MALB dan yang telah mendaftar tidak perlu mengisi borang lagi.

Diminta semua pemain STARS bersiap sedia dengan persiapan untuk Liga MALB2009 tahun ini untuk meningkatkan lagi prestasi anda untuk pasukan dimana dari menjadi naib johan pada MALB2008 untuk menjadi juara pada tahun ini. Berlatihlah bersungguh-sungguh untuk kejayaan Kelab Besbol STARS dan juga untuk anda semua.

MALB 2009

Satu mesyuarat pengurus telah diadakan oleh MALB pada 18 Jun 2009 khamis yang lalu dimana para pengurus telah bersetuju bahawa Liga MALB2009 akan bermula pada:-

1st WEEK - 18 & 19 JULY 2009
2nd WEEK - 25 & 26 JULY 2009
3rd WEEK - TO BE CONFIRMED
UNTIL
8th WEEK - TO BE CONFIRMED

Tarikh akhir pendaftaran pada 29hb Jun 2009. Para pemain yang baru dikehendaki mengisi borang pendaftaran MALB.Untuk yang telah berdaftar tidak perlu mengisi borang lagi.
Latihan STARS seperti biasa iaitu hari Sabtu dan Ahad petang pukul 4petang. Latihan juga ada dijalankan hari hari biasa untuk pemain junior dan yang baru pukul 4.30petang. tempat latihan adalah di Padang Sekolah Cina Selayang Baru.
Selamat berlatih untuk Kelab Besbol STARS.

Wednesday, June 17, 2009

MALB2009- MANAGERS MEETING.

MALB2009 akan mengadakan mesyuarat untuk para Pengurus kelab-kelab besbol pada hari berikut:-

Tarikh: 18hb Jun 2009 (Khamis)

Tempat: Dewan Umno Selayang Baru.

Masa: 8.30 malam.

Ahli-ahli Stars yang terlibat sila hadir ke mesyuarat tersebut.

Sunday, June 14, 2009

STARS MEETING.

Oleh kerana Liga MALB2009 telah hampir tiba,dijemput semua pemain-pemain senior STARS, pemain junior dan rakan-rakan yang berminat untuk menyertai liga ini untuk HADIR ke mesyuarat STARS pada:-

Tarikh: Selasa 16hb Jun 2009

Masa: 8.30 malam

Tempat: Dewan Umno Selayang baru.

Kehadiran: Wajib.

Friday, June 12, 2009

LATIHAN UNTUK MALB 2009

Latihan untuk Liga besbol MALB 2009 akan diadakan pada hari Sabtu petang 13/6/2009 dan Ahad petang 14/6/2009. Latihan bermula pada pukul 4.30petang di Padang Sekolah China Selayang Baru. Latihan ini adalah untuk persiapan menyediakan pasukan untuk Liga Besbol MALB 2009 tahun ini. Liga tersebut akan bermula pada 20 & 21/6/2009.

Oleh itu diminta semua pemain STARS dan juga pemain-pemain junior diminta hadir untuk sesi latihan pada hari tersebut dan perbincangan yang seterusnya akan dilakukan semasa kehadiran tuan-tuan semua.




Saturday, June 6, 2009

ASIA CUP KE 8 DI BANGKOK














Kejohanan Besbol AsiaCup ke 8 telah diadakan di Bangkok pada 24hb Mei hingga 31Mei 2009.

Di dalam kejohanan tersebut Negara kita telah menghantar satu pasukan besbol dimana seramai 5 orang pemain dari kelab Besbol Stars dan 2 Jurulatih dari Stars telah bersama-sama mewakili pasukan negara.Kami dari pihak Kelab Besbol Stars mengucapkan syabas kepada para pemain dan jurulatih tersebut iaitu:-

Mohamad Rosli - Ketua Jurulatih
Muhammad Fuad - Jurulatih
Mohd Nor - Pitcher
Norfajar - Pitcher
Ahmad Saufi - Pitcher
Ahmad Ramzi - Outfielder
Mohd Zahrul - Outfielder