Saturday, October 10, 2009

MALB 2009

Untuk perhatian para pemain STARS, perlawanan antara STARS vs Banturaz pada 18hb Oktober 2009 iaitu pada hari Ahad depan di Padang Astaka pukul 12.30pm. Diharap para pemain datang awal untuk warming -up. Untuk latihan pada hari biasa boleh dilakukan di padang sekolah cina.Untuk pengetahuan semua,padang sekarang telah dikecilkan buat sementara kerana kerja-kerja pembinaan sekolah baru.Sekian.

Saturday, August 1, 2009

MALB2009 NEW FIXTURES AND VENUE


Sila ambil perhatian kepada pemain STARS bahawa UPM telah membatalkan booking padang kerana H1N1 telah menular ke kampus tersebut.Oleh itu jadual game telah ditukar dan tempat liga adalah di Padang ASTAKA 2 di Petaling Jaya. Diminta rujuk kepada jadual ini.

Wednesday, July 22, 2009

MALB2009 LATEST FIXTURES

Jadual perlawanan telah dikeluarkan di website malb.Perlawanan pertama pada hari Ahad 9hb Ogos 2009 dimana STARS vs MDQ pada pukul 4.30pm. Ini merupakan perlawanan yang penting bagi kita dimana permulaan liga tahun ini. Diminta semua pemain berlatih bersungguh-sungguh bagi memantapkan lagi pasukan besbol STARS.Selamat bertanding. STARS HIT! HIT! HIT!.

Sunday, July 19, 2009

MALB2009 DITUNDA

Untuk perhatian kepada semua ahli STARS,Liga besbol MALB2009 telah DITUNDA tarikhnya yg akan ditentukan pada hari SELASA depan oleh pihak MALB. Diharap dengan tertundanya tarikh tersebut maka latihan akan dijalankan seperti biasa iaitu setiap hari SABTU dan AHAD pada pukul 4.00petang hinggga 7.00petang.Selamat menjalani latihan.

Saturday, July 11, 2009

LIGA MALB 2009

Untuk perhatian para rakan pemain pasukan STARS, liga MALB 2009 akan bermula pada 19hb Julai 2009 iaitu hari Ahad di padang UPM Serdang. Oleh itu bersama-sama lah kita berlatih bersungguh-sungguh demi mencapai kejuaraan bagi tahun ini.Kami bagi pihak STARS berdoa agar kita mendapat kejayaan yang memberangsangkan dan meningkatkan mutu permainan didalam sukan besbol ini. Selamat berjuang STARS HIT!...HIT!...HIT!

Thursday, June 18, 2009

LIGA BESBOL MALB2009

Satu mesyuarat pengurus pasukan kelab-kelab besbol iaitu Patriots, Stars, Aces, Ronins, sliders, Banturaz, dan Cougars telah diadakan pada 18hb Jun 2009.Dalam mesyuarat tersebut pengurus kelab telah bersetuju dengan tarikh untuk Liga MALB2009 bermula iaitu:-

1st Week - 18 & 19 Julai 2009
2nd Week - 25 & 26 Julai 2009
3rd Week sehingga 8th Week akan di tentukan kemudian.

Semua ahli Junior dan baru diminta mengisi borang pendaftaran MALB dan yang telah mendaftar tidak perlu mengisi borang lagi.

Diminta semua pemain STARS bersiap sedia dengan persiapan untuk Liga MALB2009 tahun ini untuk meningkatkan lagi prestasi anda untuk pasukan dimana dari menjadi naib johan pada MALB2008 untuk menjadi juara pada tahun ini. Berlatihlah bersungguh-sungguh untuk kejayaan Kelab Besbol STARS dan juga untuk anda semua.

MALB 2009

Satu mesyuarat pengurus telah diadakan oleh MALB pada 18 Jun 2009 khamis yang lalu dimana para pengurus telah bersetuju bahawa Liga MALB2009 akan bermula pada:-

1st WEEK - 18 & 19 JULY 2009
2nd WEEK - 25 & 26 JULY 2009
3rd WEEK - TO BE CONFIRMED
UNTIL
8th WEEK - TO BE CONFIRMED

Tarikh akhir pendaftaran pada 29hb Jun 2009. Para pemain yang baru dikehendaki mengisi borang pendaftaran MALB.Untuk yang telah berdaftar tidak perlu mengisi borang lagi.
Latihan STARS seperti biasa iaitu hari Sabtu dan Ahad petang pukul 4petang. Latihan juga ada dijalankan hari hari biasa untuk pemain junior dan yang baru pukul 4.30petang. tempat latihan adalah di Padang Sekolah Cina Selayang Baru.
Selamat berlatih untuk Kelab Besbol STARS.

Wednesday, June 17, 2009

MALB2009- MANAGERS MEETING.

MALB2009 akan mengadakan mesyuarat untuk para Pengurus kelab-kelab besbol pada hari berikut:-

Tarikh: 18hb Jun 2009 (Khamis)

Tempat: Dewan Umno Selayang Baru.

Masa: 8.30 malam.

Ahli-ahli Stars yang terlibat sila hadir ke mesyuarat tersebut.

Sunday, June 14, 2009

STARS MEETING.

Oleh kerana Liga MALB2009 telah hampir tiba,dijemput semua pemain-pemain senior STARS, pemain junior dan rakan-rakan yang berminat untuk menyertai liga ini untuk HADIR ke mesyuarat STARS pada:-

Tarikh: Selasa 16hb Jun 2009

Masa: 8.30 malam

Tempat: Dewan Umno Selayang baru.

Kehadiran: Wajib.

Friday, June 12, 2009

LATIHAN UNTUK MALB 2009

Latihan untuk Liga besbol MALB 2009 akan diadakan pada hari Sabtu petang 13/6/2009 dan Ahad petang 14/6/2009. Latihan bermula pada pukul 4.30petang di Padang Sekolah China Selayang Baru. Latihan ini adalah untuk persiapan menyediakan pasukan untuk Liga Besbol MALB 2009 tahun ini. Liga tersebut akan bermula pada 20 & 21/6/2009.

Oleh itu diminta semua pemain STARS dan juga pemain-pemain junior diminta hadir untuk sesi latihan pada hari tersebut dan perbincangan yang seterusnya akan dilakukan semasa kehadiran tuan-tuan semua.




Saturday, June 6, 2009

ASIA CUP KE 8 DI BANGKOK














Kejohanan Besbol AsiaCup ke 8 telah diadakan di Bangkok pada 24hb Mei hingga 31Mei 2009.

Di dalam kejohanan tersebut Negara kita telah menghantar satu pasukan besbol dimana seramai 5 orang pemain dari kelab Besbol Stars dan 2 Jurulatih dari Stars telah bersama-sama mewakili pasukan negara.Kami dari pihak Kelab Besbol Stars mengucapkan syabas kepada para pemain dan jurulatih tersebut iaitu:-

Mohamad Rosli - Ketua Jurulatih
Muhammad Fuad - Jurulatih
Mohd Nor - Pitcher
Norfajar - Pitcher
Ahmad Saufi - Pitcher
Ahmad Ramzi - Outfielder
Mohd Zahrul - Outfielder


Saturday, May 9, 2009

MALB ASEAN SERIES 2008














Buat ulung sekali MALB telah menganjurkan Kejohanan Besbol Antarabangsa MALB ASEAN SERIES 2008 di Universiti Malaya. Didalam kejohanan ini 3 buah negara telah mengambil bahagian iaitu MALAYSIA,INDONESIA dan SINGAPORE.

Di dalam kejohanan ini Kelab Besbol STARS telah mewakili negara Malaysia. Setiap negara diwakili oleh 2 buah Kelab Besbol iaitu STARS dan PATRIOTS dari MALAYSIA, GARUDA dan EAGLE dari INDONESIA, THYPON dan SINGAPORE JUNIOUR dari SINGAPORE.
Indonesia GARUDA telah menjadi Juara dan EAGLE dari Indonesia juga telah menjadi naib juara.Garuda telah membawa pulang hadiah USD3000 dan juga piala.



KOMPILASI VIDEO KELAB BESBOL STARS 2006-2008.

Friday, May 8, 2009

KELAB BESBOL STARS SELAYANG

Kelab Besbol STARS telah ditubuhkan lebih 10 tahun iaitu pada tahun 1996 oleh para peminat sukan sofbol dan besbol di Selayang Baru. Pada asalnya mereka bermain diperingkat sekolah dan mewakili negeri dan ada yang telah mewakili negara didalam sukan sofbol dan besbol.
Beberapa pemain juga telah sukarela menjadi jurulatih disekolah-sekolah untuk membantu melatih pelajar sekolah yang berminat didalam sukan ini.